Sunday 25 September 2016

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK 2016

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam  Negeri Perak  telah diadakan  pada 21 dan 22 September 2016, bertempat di  Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Konvensyen tersebut telah disertai 27  Kumpulan  KIK dari pelbagai jabatan dan agensi di seluruh negeri Perak. Penyertaan terbahagi kepada dua kategori iaitu pengurusan dan teknikal. Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah turut menghantar wakil buat kali pertama pada tahun ini bagi kategori pengurusan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang KIK Negeri Perak yang akan mewakili konvensyen di peringkat kebangsaan akan datang.






No comments:

Post a Comment