Tuesday 31 January 2017

Taklimat Kontraktor Dan Pembekal Daerah Perak Tengah Bersama SPRM

Satu Taklimat Kontraktor Dan Pembekal Daerah Perak Tengah Bersama SPRM telah diadakan pada 23 Januari 2017 (Isnin), bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Taklimat tersebut diadakan di Dewan Al-Khawarizmi, Uitm Cawangan Seri Iskandar. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Rosehamidi Bin Kamarudin, Ketua Penolong Pengarah , Unit Pemantauan Liabiliti Korporat, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Malaysia. Seramai lebih kurang 100 kontraktor dan pembekal hadir ke taklimat ini.






Thursday 19 January 2017

Majlis Bacaan Yassin Dan Tazkirah Januari 2017

Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Dan Tazkirah pada 20 Januari 2017 (Jumaat).  Majlis telah dimulakan dengan bacaan Yassin dan diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Abdul Muiz Bin Shoaib dari Pejabat Agama Daerah Perak Tengah. Majlis berakhir pada kira-kira jam 10 pagi.