Friday 30 September 2016

Majlis Bacaan Yassin Dan Tazkirah

Pada 30 September 2015 (Jumaat) telah berlangsung Majlis  Bacaan Yassin dan Tazkirah bertempat di Bilik Mesyuarat 2, Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar. Majlis bermula pada 8.30 pagi dan tamat pada pukul 10.00 pagi. 




Sunday 25 September 2016

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK 2016

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam  Negeri Perak  telah diadakan  pada 21 dan 22 September 2016, bertempat di  Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Konvensyen tersebut telah disertai 27  Kumpulan  KIK dari pelbagai jabatan dan agensi di seluruh negeri Perak. Penyertaan terbahagi kepada dua kategori iaitu pengurusan dan teknikal. Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah turut menghantar wakil buat kali pertama pada tahun ini bagi kategori pengurusan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang KIK Negeri Perak yang akan mewakili konvensyen di peringkat kebangsaan akan datang.