Sunday 15 March 2015

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 1436 H/2015M




Pada 9 Mac 2015 telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Perak Tengah 1436H/2015M. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah, Orang Besar Jajahan, Adun Blanja,Penghulu-penghulu Mukim, Kakitangan Jabatan dan juga orang awam. Majlis dimulai dengan solat maghrib diikuti jamuan makan malam. Selepas solat Isyak majlis tilawah Al-quran telah berlangsung dan sertai oleh 6 orang peserta. Johan Qari dan Qariah membawa pulang piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM1000. Majlis bersurai pada pukul 11.00 malam.









Monday 9 March 2015



Pada 9 Mac 2015 telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan Bil1/2015 Pejabat Daerah & Tanah Seri Iskandar dan KG. Gajah bertempat di bilik gerakan PDT Seri Iskandar. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah, Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan, ketua penolong pegawai daerah (pembangunan) dan juga penolong pegawai daerah. Majlis ini turut disertai oleh kakitangan jabatan. Aturcara majlis berlangsung dengan nyanyian lagu negaraku, negeri Perak dan juga lagu perkhidmatan awam. Acara turut diselangi dengan bacaan doa, ikrar , knowledge sharing, anugerah pekerja serta sambutan hari lahir kakitangan jabatan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan memotong kek.