Tuesday 3 May 2016

MAJLIS BACAAN YASSIN , TAZKIRAH DAN PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 2/2016

Pada 28 April 2016 telah berlangsungnya Majlis bacaan Yassin serta Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2016 Pejabat Daerah & Tanah Seri Iskandar dan Kg. Gajah bertemat di bilik gerakan PDT Seri Iskandar. Majlis ini turut dihadiri oleh Y.Bhg Dato' Pegawai Daerah, Dato' Mad Dan Bin Hassan serta Penolong-penolong Pegawai Daerah.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, serta bacaan Yassin dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammmad Muhsin Bin Othman. setelah itu, majlis diteruskan dengan Perhimpunan Bulanan yang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan juga lagu Perkhidmatan Awam. Acara turut diselangi dengan bacaan ikrar dan ucapan dari Y.Bhg Dato' Pegawai Daerah. Majlis turut memberi penghargaan kepada pegawai-pegawai bertukar serta meraikan hari lahir warga Pejabat Daerah. Majlis bersurai pada jam12 tengah hari.