Tuesday 25 August 2015

Program Solat Jumaat Bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan


Pada hari Jumaat, 21 Ogos 2015 bersamaan dengan 6 Zulkaedah 1436H. telah berlangsungnya program solat jumaat bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan yang bertempat di Masjid Ar-Rahmaniah, Kg. Padang Changkat, Bota Perak Darul Ridzuan. Majlis dihadiri oleh YB Dato'  Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan, Ahli Parlimen Parit, Orang Besar Jajahan Perak Tengah Dato' Seri Haji Mohd. Ghazali Bin Haji Abd. Rahman, Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, Penolong-Penolong Pegawai Daerah, kakitangan jabatan kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim, AJK masjid serta orang ramai. Majlis dimulai dengan ketibaan orang ramai serta ketibaan dif-dif jemputan, seterusnya keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Majlis diteruskan lagi dengan solat jumaat bersama-sama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Selesai solat jumaat majlis santapan bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan diadakan di Balai Raya Kg. Padang Changkat. Seterusnya D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan membuat lawatan ke Makam Sultan Alauddin Shah, Makam Sultan Ahmaddin Shah, Kampung Bota Kanan, Bota. Majlis bersurai pada pukul 4 petang.






Monday 10 August 2015

Jamuan Hari Raya 2015 Peringkat Daerah Perak Tengah

Pada 28 julai 2015 bersamaan dengan 12 syawal 1436H telah berlangsungnya majlis jamuan hari raya peringkat Daerah Perak Tengah yang disertai oleh agensi-agensi kerajaan yang bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Perak Tengah. Jamuan ini telah disertai oleh kakitangan jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, Majlis Daerah Perak Tengah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, JPAM, RELA, JKR dan lain-lain. Majlis tersebut bermula seawal jam 8.00 pagi dengan persiapan gerai-gerai yang menghidangkan pelbagai juadah seperti lemang, nasi briyani, lontong, laksa, roti canai serta juadah-juadah lain. Antara yang turut menghadiri majlis tersebut ialah Yang Berhormat, Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, jemputan khas serta orang ramai. Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta persembahan lagu-lagu raya. Seterusnya adalah aktiviti penyampaian hadiah bagi gerai tercantik dan kreatif berdasarkan undian orang ramai. Johan pertandingan ini mendapat hadiah berupa cek bernilai RM100. Majlis tamat pada jam 2.00 petang.