Wednesday 9 December 2015

Sukan Rakyat Kelab Petanda 2015


Pada 5 Disember 2015, Sabtu telah berlangsungnya Sukan Rakyat Kelab Petanda anjuran Kelab Petanda Seri Iskandar dan Kampung Gajah bertempat di Padang Seri Iskandar. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi bagi sesi pendaftaran peserta. Majlis bemula pada pukul 9.00 pagi dengan perasmian oleh Dato' Mad Dan Bin Hassan, Pegawai Daerah Perak Tengah. Acara-acara sukan adalah terdiri daripada bowling padang, sepak raga, lari berpasangan, acara meniup belon, tarik upih pinang, lari dalam guni, susun batu bata, kukur kelapa, kutip gula-gula dan tarik tali. Acara cabutan bertuah juga diberi secara berperingkat-peringkat kepada peserta yang hadir sehingga selesai pertandingan. Majlis bersurai pada pukul 1.00 petang dengan jamuan makan.








Thursday 19 November 2015

Majlis Konvokesyen Anak-Anak Taska Permata Seri Iskandar 2015

Majlis Konvokesyen Anak-Anak Taska Permata Seri Iskandar 2015

Pada 13 November 2015 Jumaat telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Taska Permata Seri Iskandar 2015 di D'Mall Hotel Billion Seri Iskandar. Aturcara majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan pendaftaran dan ketibaan anak-anak bersama ibu bapa. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan,Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai Pejabat Daerah Perak Tengah. Majlis dimulai dengan nyayian lagu Negaraku, lagu 1 Malaysia dan lagu Permata. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa, bacaan ikrar, ucapan dan perasmian oleh Tuan Pegawai Daerah. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada anak-anak taska permata. Majlis bersurai pada pukul 11.30 pagi dan dihidangkan jamuan makan.





Friday 23 October 2015

Majlis Bacaan Yassin dan Tazkirah

Pada 23 Oktober 2015 bersamaan dengan 10 Muharam 1437H (jumaat) telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yassin dan Tazkirah di Bilik Mesyuarat 2, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah Seri Iskandar. Majlis dimulai dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran, Surah Yassin dan juga penyampaian Tazkirah oleh Ustaz Khalini bin Salikin. Majlis bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi. 



Tuesday 22 September 2015

Sambutan Hari Lahir Tuan Pegawai Daerah 
Ke-58


Pada 18 september 2015 bersamaan dengan 4 Zulhijjah 1436H, telah berlangsungnya majlis sambutan hari lahir Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah , Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan yang ke 58 pada tahun ini. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong-Penolong Pegawai Daerah serta kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah. Aturcara majlis dimulai dengan bacaan doa, acara memotong kek dan jamuan makan.






Tuesday 25 August 2015

Program Solat Jumaat Bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan


Pada hari Jumaat, 21 Ogos 2015 bersamaan dengan 6 Zulkaedah 1436H. telah berlangsungnya program solat jumaat bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan yang bertempat di Masjid Ar-Rahmaniah, Kg. Padang Changkat, Bota Perak Darul Ridzuan. Majlis dihadiri oleh YB Dato'  Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan, Ahli Parlimen Parit, Orang Besar Jajahan Perak Tengah Dato' Seri Haji Mohd. Ghazali Bin Haji Abd. Rahman, Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, Penolong-Penolong Pegawai Daerah, kakitangan jabatan kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim, AJK masjid serta orang ramai. Majlis dimulai dengan ketibaan orang ramai serta ketibaan dif-dif jemputan, seterusnya keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Majlis diteruskan lagi dengan solat jumaat bersama-sama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Selesai solat jumaat majlis santapan bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan diadakan di Balai Raya Kg. Padang Changkat. Seterusnya D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan membuat lawatan ke Makam Sultan Alauddin Shah, Makam Sultan Ahmaddin Shah, Kampung Bota Kanan, Bota. Majlis bersurai pada pukul 4 petang.






Monday 10 August 2015

Jamuan Hari Raya 2015 Peringkat Daerah Perak Tengah

Pada 28 julai 2015 bersamaan dengan 12 syawal 1436H telah berlangsungnya majlis jamuan hari raya peringkat Daerah Perak Tengah yang disertai oleh agensi-agensi kerajaan yang bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Perak Tengah. Jamuan ini telah disertai oleh kakitangan jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, Majlis Daerah Perak Tengah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, JPAM, RELA, JKR dan lain-lain. Majlis tersebut bermula seawal jam 8.00 pagi dengan persiapan gerai-gerai yang menghidangkan pelbagai juadah seperti lemang, nasi briyani, lontong, laksa, roti canai serta juadah-juadah lain. Antara yang turut menghadiri majlis tersebut ialah Yang Berhormat, Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, jemputan khas serta orang ramai. Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta persembahan lagu-lagu raya. Seterusnya adalah aktiviti penyampaian hadiah bagi gerai tercantik dan kreatif berdasarkan undian orang ramai. Johan pertandingan ini mendapat hadiah berupa cek bernilai RM100. Majlis tamat pada jam 2.00 petang.




Sunday 19 July 2015

Program Gotong Royong Mengacau Bubur Lambuk 2015


Program Gotong Royong Mengacau Bubur Lambuk 2015

Pada 10 julai 2015 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1436H , telah berlangsungnya satu program gotong royong mengacau bubur lambuk anjuran kelab PETANDA dan PUSPANITA Perak Tengah. Program ini turut disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, kakitangan jabatan dan ahli-ahli kelab PETANDA dan PUSPANITA Perak Tengah. Program tersebut bermula dari pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengah hari. Tujuan utama program ini dianjurkan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim diantara kakitangan jabatan dan juga ahli-ahli kelab PETANDA dan PUSPANITA Perak Tengah. Pengagihan bubur lambuk diadakan pada sebelah petang kepada semua kakitangan dan jabatan di Kompleks Pentadbiran Perak Tengah.





Friday 3 July 2015

Majlis Iftar dan Solat Terawih

Pada 30 jun 2015 ( selasa ) bersamaan dengan 13 ramadan 1436H , telah berlangsungnya sebuah Majlis iftar dan Solat Terawih di Masjid Sultan Yusuf Izzuddin Shah (Masjid Daerah Perak Tengah) anjuran bersama Kelab Kebajikan dan Sukan (PETANDA) Seri iskandar dan PUSPANITA Daerah Perak Tengah. Majlis ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh orang ramai. Selain itu, Pegawai dan juga Kakitangan yang bertugas di Kompleks Pentadbiran Daerah juga telah dijemput hadir. Tidak lupa juga kepada Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan yang bersama turut serta dalam majlis penuh keberkatan ini. Solat Sunat Terawih pada malam tersebut telah diimamkan oleh A.F Sheikh Osama Mohammad Iqbal yang dijemput khas dari Tanah Suci Makkah.







Monday 29 June 2015

Maljis Bacaan Yassin dan Tazkirah Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak

Pada 12 Jun 2015 (Jumaat) telah berlangsungnya Maljis Bacaan Yassin dan Tazkirah Sempena Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1436H yang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar. Tazkirah telah disampaikan oleh Al Fadil Ustaz Khalini Bin Haji Salleh Salikin. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi. Majlis turut diserikan lagi dengan pemberian buah kurma oleh Kelab Petanda, PDT Seri Iskandar kepada ahli kelab.




Sunday 24 May 2015

Majlis Bersama Rakyat


Pada 11/5/2015 telah berlangsungnya majlis bersama rakyat sempena pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Ke-35 bertempat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato` Abdul Rahman Yaakob Bota, Perak. Majlis ini telah dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan juga Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan. Majlis dimulai dengan lagu kebesaran Negeri Perak, bacaan doa dan ucapan oleh Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah. Majlis seterusnya diikuti dengan jamuan makan bersama rakyat dan juga diringi oleh persembahan. Majlis bersurai pada pukul 11.00 malam.








Lawatan Makam Sempena Pertabalan DYMM Sultan Perak Ke-35

Pada 11,12, dan 13/5/2015 telah berlangsungnya lawatan makam sempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Ke-35 di daerah Perak Tengah. Lawatan makam bermula di Makam Almarhum Raja Sulong Ibni Almarhum Sultan Ismail Mu`Abidin Riayat Shah di Kampung Tepus, Blanja dan berakhir di Makam Almarhum Sultan Iskandar Dzulkarnain(Sultan Perak Ke-15), di Kampung Pasir Panjang Ulu dan seterursnya ke Teluk Intan. Sepanjang lawatan ke makam-makam tersebut turut disertai oleh Menteri Besar Perak, Tuan Pegawai Daerah, Orang Besar Jajahan Perak Tengah dan juga orang-orang kenamaan serta rakyat negeri Perak.






Friday 24 April 2015

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

Pada 15 April 2015 telah berlangsungsnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 yang berlangsung di Dewan Millenium Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah. Antara tetamu kehormat yang hadir bagi menjayakan majlis tersebut ialah Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kampung Gajah dan Setiausaha Majlis Daerah Perak Tengah. Majlis ini juga turut dihadiri oleh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Seri iskandar, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah dan juga kakitangan Majlis Daerah Perak Tengah. Aturcara majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan oleh Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah dan juga ucapan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kampung Gajah. Aturcara yang dijalankan sepanjang majlis tersebut seperti anugerah khidmat cemerlang, anugerah keterampilan dan juga pemberian hadiah dan cenderamata kepada kakitangan jabatan yang telah bersara dan juga bertukar ke jabatan lain. Acara diakhiri dengan sesi bergambar bersama kakitangan dan Tuan Pegawai Daerah.