Wednesday 28 December 2016

Majlis Bacaan Yassin Dan Tazkirah Disember 2016

Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Dan Tazkirah pada 24 Disember 2016 (Jumaat). Majlis telah dimulakan dengan bacaan Yassin dan diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Azhar Bin Puteh Azib dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tronoh. Majlis berakhir pada kira-kira jam 10 pagi.


Thursday 1 December 2016

Hari Keluarga Kelab Petanda Pejabat Daerah Dan Tanah Seri Iskandar 2016


Kelab Petanda Pejabat Daerah Dan Tanah Seri Iskandar telah mengadakan Hari Keluarga pada 12 dan 13 November 2016. Program anjuran Kelab Petanda itu telah diadakan di Cameron Highlands. Program turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah, Dato’ Mad Dan Bin Hassan bersama keluarga.

Pada 12 November 2016 (Sabtu), satu Majlis Makan Malam hari Keluarga telah diadakan. Selain itu, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah turut sediakan. Pada hari Ahad 13 November 2016, perlawanan bola sepak, bola jaring, serta aktiviti sukaneka telah diadakan.Program Hari Keluarga tersebut selesai kira-kira jam 1 tengah hari.