Sunday 21 September 2014

Karnival 1Pesara


Sukacita memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) akan menganjurkan Karnival 1Pesara.

Karnival yang bertemakan "Melakar Perubahan : Pesara Produktif Menelusuri Kesejahteraan" ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pesara dan kakitangan awam mengenai pengurusan kewangan serta peluang dalam bidang keusahawanan bagi menaikkan taraf hidup selepas persaraan. Antara pengisian lain sempena karnival ini ialah pemeriksaan kesihatan, padanan kerjaya, ameran daripada agensi Kerajaan dan swasta, program MyBestBuy. Pusat Transformasi Komuniti Bergerak serta pelbagai lagi inisiatif di bawah program NBOS.



Friday 5 September 2014

Majlis Pelancaran Memerangi Denggi Peringkat Daerah Perak Tengah


Majlis Pelancaran Memerangi Denggi Peringkat Daerah Perak Tengah

Pada 2 September 2014 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran memerangi denggi peringkat Daerah Perak Tengah yang bertempat di Taman Desa KPMP, Kampong Gajah. Majlis 
tersebut dirasmikan oleh YB Tuan Haji Abdullah Fauzi Bin Dato' Hj Ahmad Razak. Majlis
diserikan lagi dengan kerjasama penduduk Taman Desa KPMP, Kampong Gajah yang turut hadir bersama-sama bagi menjayakan Majlis Pelancaran ini.






Kawad Kaki Merdeka Yang Ke-57


Kawad Kaki Merdeka Yang Ke-57

Pada 31 Ogos 2014 bertempat di Ipoh Padang telah berlangsungnya Pertandingan Kawad 
kaki Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 Tahun 2014, Peringkat Negeri Perak 
Darul Ridzuan. Dengan membawa tema tahun ini "Disini lahirnya sebuah cinta". Sebanyak
10 Daerah dalam Negeri Perak telah menyertai pertandingan ini. Selain itu, pelbagai agensi-agensi kerajaan serta badan-badan berkanun turut serta memeriahkan acara 
tersebut.







Raptai Kawad Kaki Merdeka yang Ke-57


Raptai Kawad Kaki Merdeka yang Ke-57

Pada 29 Ogos 2014 telah berlangsungnya Raptai Kawad Kaki Merdeka yang ke-57 yang bertempat di Ipoh Padang. Raptai Kawad Kaki Merdeka ini bermula dari  jam 07.30 pagi dimana semua kontinjen diminta berkumpul di Ipoh Padang seperti yang telah dimaklumkan. Ahli Kontinjen bagi Kawad Kaki Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah ini adalah seramai 58 orang ahli termasuk ketua kontinjen dan dua orang pemegang pelekat.





Latihan Kawad Kaki 2014 dan Raptai Kawad kaki Merdeka 2014


Latihan Kawad Kaki 2014 dan Raptai Kawad kaki Merdeka 2014

Pada 21 Ogos 2014 hingga 25 Ogos 2014 telah diadakan latihan kawad kaki yang dijalankan selama 5 hari untuk bagi mewakili kawad kaki Merdeka yang ke-57 pada 31 Ogos 2014. En. Mohammad Jawari selaku jurulatih bagi kawad kaki merdeka yang ke-57 pada tahun ini.Tuan Pegawai Haji Mad Dan Bin Hassan turut bersama pada 23 Ogos 2014 bagi memberi kata semangat buat Pasukan Kawad Kaki.



Perhimpunan Bulanan Warga Pejabat Dan Tanah Perak Tengah & Kg Gajah Bil.6/2014


Perhimpunan Bulanan Warga Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah & Kg Gajah
Bil.6/2014

Pada 20 Ogos 2014 bertempat di Bilik Gerakan telah diadakan Perhimpunan Bulanan bagi Warga Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah & Kg Gajah Bil.6/2014.Tuan Pegawai Pegawai Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah Seri Iskandar iaitu Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan turut hadir bersama-sama dalam perhimpunan tersebut.Majlis dimulai dengan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Perak dan Lagu Perkhidmatan Awam.Majlis turut diserikan dengan bacaan doa, Kata-kata Aluan Tuan Pegawai Daerah, Slot Perkongsian Ilmu, Anugerah Contoh Pekerja Bulanan. Selain itu, Sambutan Hari Jadi bagi Kakitangan Bulan 7 & 8 juga turut diadakan pada hari tersebut.