Wednesday 28 December 2016

Majlis Bacaan Yassin Dan Tazkirah Disember 2016

Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Dan Tazkirah pada 24 Disember 2016 (Jumaat). Majlis telah dimulakan dengan bacaan Yassin dan diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Azhar Bin Puteh Azib dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tronoh. Majlis berakhir pada kira-kira jam 10 pagi.


Thursday 1 December 2016

Hari Keluarga Kelab Petanda Pejabat Daerah Dan Tanah Seri Iskandar 2016


Kelab Petanda Pejabat Daerah Dan Tanah Seri Iskandar telah mengadakan Hari Keluarga pada 12 dan 13 November 2016. Program anjuran Kelab Petanda itu telah diadakan di Cameron Highlands. Program turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah, Dato’ Mad Dan Bin Hassan bersama keluarga.

Pada 12 November 2016 (Sabtu), satu Majlis Makan Malam hari Keluarga telah diadakan. Selain itu, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah turut sediakan. Pada hari Ahad 13 November 2016, perlawanan bola sepak, bola jaring, serta aktiviti sukaneka telah diadakan.Program Hari Keluarga tersebut selesai kira-kira jam 1 tengah hari.











Friday 30 September 2016

Majlis Bacaan Yassin Dan Tazkirah

Pada 30 September 2015 (Jumaat) telah berlangsung Majlis  Bacaan Yassin dan Tazkirah bertempat di Bilik Mesyuarat 2, Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar. Majlis bermula pada 8.30 pagi dan tamat pada pukul 10.00 pagi. 




Sunday 25 September 2016

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK 2016

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam  Negeri Perak  telah diadakan  pada 21 dan 22 September 2016, bertempat di  Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Konvensyen tersebut telah disertai 27  Kumpulan  KIK dari pelbagai jabatan dan agensi di seluruh negeri Perak. Penyertaan terbahagi kepada dua kategori iaitu pengurusan dan teknikal. Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah turut menghantar wakil buat kali pertama pada tahun ini bagi kategori pengurusan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang KIK Negeri Perak yang akan mewakili konvensyen di peringkat kebangsaan akan datang.






Sunday 7 August 2016

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Daerah Perak Tengah 2016

Pada 1 Ogos 2016 (Isnin) telah diadakan  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri  di Dewan Serbaguna Seri Iskandar, Daerah Perak Tengah.  Majlis ini telah dihadiri oleh Wakil – wakil Rakyat, ADUN Bota dan Blanja serta Pegawai Daerah, Ketua Penolong  Pegawai Daerah , Penolong-Penolong Pegawai Daerah serta kakitangan dari pejabat-pejabat dan agensi-agensi di Daerah Perak Tengah.  Majlis dimulakan pada jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang.







Sunday 5 June 2016

Majlis Bacaan Yassin, Tazkirah Dan Penyerahan Buah Kurma Sempena Ramadhan 2016

Pada 3 Jun 2016 (Jumaat) telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan tazkirahbertempat di Bilik Gerakan Aras 2, Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah. Majlis ini telah dihadiri oleh Pegawai daerah. Y.Bhg Dato' Mad Dan Bin Hassan. Ketua Penolong pegawai Daerah(Tanah), Penolong-Penolong Pegawai daerah serta kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, serta bacaan Yassin dan Tazkirah. Setelah itu, majlis diteruskan dengan acara penyerahan buah kurma sumbangan Kelab Petanda sempena Ramadhan al-Mubarak. Majlis bersurai kira-kira jam 11 pagi.




Tuesday 3 May 2016

MAJLIS BACAAN YASSIN , TAZKIRAH DAN PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 2/2016

Pada 28 April 2016 telah berlangsungnya Majlis bacaan Yassin serta Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2016 Pejabat Daerah & Tanah Seri Iskandar dan Kg. Gajah bertemat di bilik gerakan PDT Seri Iskandar. Majlis ini turut dihadiri oleh Y.Bhg Dato' Pegawai Daerah, Dato' Mad Dan Bin Hassan serta Penolong-penolong Pegawai Daerah.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, serta bacaan Yassin dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammmad Muhsin Bin Othman. setelah itu, majlis diteruskan dengan Perhimpunan Bulanan yang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan juga lagu Perkhidmatan Awam. Acara turut diselangi dengan bacaan ikrar dan ucapan dari Y.Bhg Dato' Pegawai Daerah. Majlis turut memberi penghargaan kepada pegawai-pegawai bertukar serta meraikan hari lahir warga Pejabat Daerah. Majlis bersurai pada jam12 tengah hari.







Tuesday 9 February 2016

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Perak Tengah Sesi 2016-2017

Pada 3 Febuari 2016 (Rabu), telah diadakan  Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Perak Tengah. Bertempat di Dewan Dato’ Ahmad Hambal, Bota. Majlis ini telah  dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit, YBhg Dato'  Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan, Pegawai Daerah Perak Tengah YBhg Dato’ Mad Dan Bin Hassan, Ketua Penolong  Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah, Penghulu – penghulu Mukim dan juga lantikan baru Ketua Kampung.









Monday 1 February 2016

BENGKEL SKT PEJABAT TANAH DAN DAERAH PERAK TENGAH DAN KG. GAJAH 2016

Pada 30 dan 31 Januari 2016 telah diadakan  Bengkel SKT Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah /Kg. gajah, bertempat di Shahzan Inn Fraser Hill, Pahang.  Bengkel ini turut dihadiri oleh Pegawai Daerah, Dato  Mad Dan Bin Hassan, Ketua Penolong  Pegawai Daerah (Tanah dan Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah serta kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah /Kg. gajah.






Wednesday 6 January 2016

PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT PEJABAT DAERAH PERAK TENGAH & KG. GAJAH 2016



Pada 5 Januari 2016 telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan 2016 Pejabat Daerah & Tanah Seri Iskandar dan Kg. Gajah bertempat di bilik gerakan PDT Seri Iskandar.  Majlis ini turut dihadiri (Tanah(T) dan Pembangunan) dan juga Penolong- Penolong Pegawai Daerah. Majlis ini turut disertai oleh kakitangan jabatan. Aturcara majlis berlangsung dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan juga lagu Perkhidmatan Awam. Acara turut diselangi dengan bacaan doa, ikrar dan ucapan dari Tuan Pegawai Daerah. Majlis bersurai pada pukul 4.30 petang.