Tuesday 24 February 2015

MAJLIS KESYUKURAN & JAMUAN PETUGAS BANJIR DAERAH PERAK TENGAH 2015

Pada 24/2/2015 iaitu Selasa, telah berlangsung majlis kesyukuran & jamuan petugas banjir daerah Perak Tengah yang telah dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, Tuan Haji Mad Dan Bin Mad Hassan, Orang Besar Jajahan Perak Tengah, Wakil Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Rela, Pertanian, JPAM, Askar Wataniah, Bomba, Kemas, Pejabat Agama, Tentera Laut DiRaja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah, Pejabat Veterinar, KEMAS, JPS, LAP Perak, Pejabat Pertanian Titi Gantung Dan Pejabat Adun dan Penghulu-Penghulu Mukim. Majlis turut memberikan sijil penghargaan kepada wakil-wakil jabatan tersebut. Majlis disudahi dengan jamuan makan tengah hari dan pertunjukkan montaj banjir.







Tuesday 17 February 2015

Program Penyampaian Wang Ehsan Bencana Banjir 2015 Daerah Perak Tengah

Pada 11 Februari 2015 telah berlangsungnya Program Penyampaian Wang Ehsan Bencana Banjir 2015 Daerah Perak Tengah yang bertempat di Dewan Serbaguna Dato' Ahmad Hambal Bota Kanan, Perak Darul Ridzuan. Program tersebut dihadiri Y.B Dato' Haji Mohd Zaim Bin Haji Abu Hassan. Tujuan program ini adalah untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Daerah Perak Tengah.