Thursday 25 December 2014

Program Team Building PDTPT SIRI 2

Pada 22 Disember 2014 telah berlangsungnya program Team Building Bagi Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah (Seri Iskandar Dan Kg. Gajah) bertempat di Out Bound School (OBS) Lumut, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Antara aktiviti yang utama adalah berakit.


 



Program Team Building PDTPT SIRI 1

Pada 16 Disember 2014 telah berlangsungnya program Team Building Bagi Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah (Seri Iskandar Dan Kg. Gajah) bertempat di Out Bound School (OBS) Lumut, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Antara akitivi yang utama adalah berkayak. 






Monday 15 December 2014

Majlis Konvokesyen Taska Permata Seri Iskandar Kali Ke 4 2014

Pada hari Khamis, 11 November 2014 jam 8.30 pagi telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Taska Permata Seri Iskandar Kali Ke 4 yang bertempat di DHotel Seri Iskandar, Perak. Antara tetamu yang hadir ke majlis tersebut iaitu Tuan Pegawai Daerah, Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan. Acara yang berlangsung sepanjang majlis tersebut penyampaian hadiah, persembahan kanak-kanak dan penyampaian sijil.








Majlis Hi-Tea Kontingen Kawad Merdeka


Pada hari Jumaat, 12 November 2014 jam 2.45 petang telah berlansungnya Majlis Hi-Tea Kontinjen Kawad Merdeka Daerah Perak Tengah yang bertempat di DHotel Seri Iskandar, Perak. Antara tetamu yang hadir ke majlis tersebut iaitu Tuan Pegawai Daerah, Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan. Para peserta kawad kaki turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.







Monday 8 December 2014

Solat Jumaat Bersama Rakyat Di Masjid Al-Attar Layang-Layang Kanan, Parit

Pada 5 Disember 2014 bersamaan 12 Safar 1436H telah berlangsungnya program Solat Jumaat, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bersama rakyat bertempat di Masjid Al-Attar Layang-Layang Kanan, Parit.





Wednesday 26 November 2014

Pada 26 November 2014 bertempat di Bilik Gerakan telah diadakan Perhimpunan Bulanan bagi Warga Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah & Kg Gajah Bil.10/2014. Tuan Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah Seri Iskandar iaitu Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan turut hadir bersama-sama dalam perhimpunan tersebut. Majlis dimulai dengan lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Perak dan lagu Perkhidmatan Awam. Majlis turut diserikan dengan bacaan doa, Kata-kata Aluan Tuan Pegawai Daerah, Slot Perkongsian Ilmu, Anugerah Contoh Pekerja Bulanan dan anugerah pemenang slogan kata. Selain itu, Sambutan Hari Jadi bagi Kakitangan Bulan 11 juga turut diadakan pada hari tersebut. 



Monday 24 November 2014

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Perak Tengah 1436H / 2014M

Pada hari khamis, 20 november 2014 jam 9.00 pagi telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436H / 2014M di Masjid Sultan Yussof Izzudin Shah (Masjid Daerah) Seri Iskandar. Majlis dihadiri oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Perak. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Perak Tengah dan juga Y.Bhg Orang Besar Jajahan Perak Tengah.

Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran, ucapan perasmian Y.Bhg Orang Besar Jajahan Perak Tengah, penerimaan anugerah serta penyampaian hadiah. Majlis turut diserikan dengan ceramah umum yang disampaikan oleh Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmud Ghonim. Majlis selesai pada pukul 1.00 tengah hari selepas jamuan makan tengah hari.














Tuesday 4 November 2014

Program Solat Jumaat Bersama Raja Muda Perak Darul Ridzuan


Program Solat Jumaat Bersama Raja Muda Perak Darul Ridzuan 




Pada 31 Oktober 2014 bersamaan 7 Muharam 1435H telah berlangsungnya Program 
Solat Jumaat bersama dengan Raja Muda di Masjid Jamek Bota Kanan, Perak. Pada
 pukul 12.15 tengahari hingga 12.30 tengahari adalah ketibaan Orang ramai serta Dif-dif 
jemputan. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan
 pada 12.50 tengahari. Program diteruskan dengan Solat Jumaat pada pukol 1.03
 tengahari dan Jamuan Makan. Kemudian, Lawatan ke Makam Sultan Ahmuddin Shah, 
Kampung Bota Kanan, Bota. Pada pukul 3.30 petang Keberangkatan Duli Yang Teramat
 Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan Majlis bersurai

.



Sunday 26 October 2014

MAJLIS HARI KELUARGA KELAB PETANDA PEJABAT DAERAH DAN TANAH PERAK TENGAH, SERI ISKANDAR

Pada 17 Oktober sehingga 19 Oktober, telah berlangsungnya Hari Keluarga Kelab Petanda bagi kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar bertempat di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka. Bagi peserta-peserta yang menaiki bas, mereka perlu bergerak pada 17 Oktober 2014, jam 12.00 pagi.

Bas akan singgah di perhentian sebelah untuk memberi para peserta peluang untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh bagi yang beragama Islam. Pada pukul 8.00 pagi, para peserta dibawa melawat di sekitar Bandaraya Bersejarah itu. Usai, pada pukul 2.00 Petang, peserta akan melapor diri di ruangan legar Bayou Lagoon Park Resort untuk mendapatkan kunci bilik, nombor meja dan tentatif program.

Pada pukul 4.00 petang, program dimulakan dengan "telematch" atau sukaneka yang telah disediakan oleh pihak resort. Pada pukul 8.00 malam pula, berlangsungnya Majlis Makan Malam Kelab Petanda Pejabat Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar bertempat di Junior Pavilion, Bayou Lagoon Park Resort, Melaka.



Tepat pada 8.30 malam, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Hamir Bin Hassan bagi memberkati majlis makan malam tersebut. Pada pukul 8.35 malam, majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi Kelab Petanda iaitu, Encik Ahmad Fitri Bin Muhassim. Seterusnya pada pukul 8.45 malam, majlis menjemput Penasihat Kelab Petanda, Tuan Pegawai Daerah, Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan untuk memberikan ucapan. Selesai sahaja ucapan daripada Tuan Pegawai Daerah, para peserta disajikan dengan pertunjukan montaj Aktiviti Kelab Petanda Seri Iskandar sepanjang tahun ini diselangi dengan jamuan makan malam yang telah dihidang oleh pihak resort.

Pada pukul 9.00 malam, majlis diselangi dengan pertandingan karaoke dan cabutan bertuah.Seterusnya majlis diteruskan dengan karaoke terbuka dan atas permintaan ramai. Selesai sahaja, pemenang pertandingan karaoke diumumkan. Johan bagi pertandingan karaoke dimenangi oleh Penghulu Kanan Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, Seri Iskandar iaitu Encik Rajmi Bin Ahmad. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.



Sunday 21 September 2014

Karnival 1Pesara


Sukacita memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) akan menganjurkan Karnival 1Pesara.

Karnival yang bertemakan "Melakar Perubahan : Pesara Produktif Menelusuri Kesejahteraan" ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pesara dan kakitangan awam mengenai pengurusan kewangan serta peluang dalam bidang keusahawanan bagi menaikkan taraf hidup selepas persaraan. Antara pengisian lain sempena karnival ini ialah pemeriksaan kesihatan, padanan kerjaya, ameran daripada agensi Kerajaan dan swasta, program MyBestBuy. Pusat Transformasi Komuniti Bergerak serta pelbagai lagi inisiatif di bawah program NBOS.



Friday 5 September 2014

Majlis Pelancaran Memerangi Denggi Peringkat Daerah Perak Tengah


Majlis Pelancaran Memerangi Denggi Peringkat Daerah Perak Tengah

Pada 2 September 2014 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran memerangi denggi peringkat Daerah Perak Tengah yang bertempat di Taman Desa KPMP, Kampong Gajah. Majlis 
tersebut dirasmikan oleh YB Tuan Haji Abdullah Fauzi Bin Dato' Hj Ahmad Razak. Majlis
diserikan lagi dengan kerjasama penduduk Taman Desa KPMP, Kampong Gajah yang turut hadir bersama-sama bagi menjayakan Majlis Pelancaran ini.






Kawad Kaki Merdeka Yang Ke-57


Kawad Kaki Merdeka Yang Ke-57

Pada 31 Ogos 2014 bertempat di Ipoh Padang telah berlangsungnya Pertandingan Kawad 
kaki Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 Tahun 2014, Peringkat Negeri Perak 
Darul Ridzuan. Dengan membawa tema tahun ini "Disini lahirnya sebuah cinta". Sebanyak
10 Daerah dalam Negeri Perak telah menyertai pertandingan ini. Selain itu, pelbagai agensi-agensi kerajaan serta badan-badan berkanun turut serta memeriahkan acara 
tersebut.







Raptai Kawad Kaki Merdeka yang Ke-57


Raptai Kawad Kaki Merdeka yang Ke-57

Pada 29 Ogos 2014 telah berlangsungnya Raptai Kawad Kaki Merdeka yang ke-57 yang bertempat di Ipoh Padang. Raptai Kawad Kaki Merdeka ini bermula dari  jam 07.30 pagi dimana semua kontinjen diminta berkumpul di Ipoh Padang seperti yang telah dimaklumkan. Ahli Kontinjen bagi Kawad Kaki Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah ini adalah seramai 58 orang ahli termasuk ketua kontinjen dan dua orang pemegang pelekat.





Latihan Kawad Kaki 2014 dan Raptai Kawad kaki Merdeka 2014


Latihan Kawad Kaki 2014 dan Raptai Kawad kaki Merdeka 2014

Pada 21 Ogos 2014 hingga 25 Ogos 2014 telah diadakan latihan kawad kaki yang dijalankan selama 5 hari untuk bagi mewakili kawad kaki Merdeka yang ke-57 pada 31 Ogos 2014. En. Mohammad Jawari selaku jurulatih bagi kawad kaki merdeka yang ke-57 pada tahun ini.Tuan Pegawai Haji Mad Dan Bin Hassan turut bersama pada 23 Ogos 2014 bagi memberi kata semangat buat Pasukan Kawad Kaki.



Perhimpunan Bulanan Warga Pejabat Dan Tanah Perak Tengah & Kg Gajah Bil.6/2014


Perhimpunan Bulanan Warga Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah & Kg Gajah
Bil.6/2014

Pada 20 Ogos 2014 bertempat di Bilik Gerakan telah diadakan Perhimpunan Bulanan bagi Warga Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah & Kg Gajah Bil.6/2014.Tuan Pegawai Pegawai Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah Seri Iskandar iaitu Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan turut hadir bersama-sama dalam perhimpunan tersebut.Majlis dimulai dengan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Perak dan Lagu Perkhidmatan Awam.Majlis turut diserikan dengan bacaan doa, Kata-kata Aluan Tuan Pegawai Daerah, Slot Perkongsian Ilmu, Anugerah Contoh Pekerja Bulanan. Selain itu, Sambutan Hari Jadi bagi Kakitangan Bulan 7 & 8 juga turut diadakan pada hari tersebut.





Wednesday 20 August 2014

Menyambut Ketibaan Tuan Pegawai Daerah Dan Tanah Perak Tengah yang Baru, Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan



Pada 16 Ogos 2014 kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah Seri Iskandar dan Kg Gajah telah berkumpul di perkarangan Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah untuk menyambut ketibaan Tuan Pegawai Daerah yang baru iaitu Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan.

Setibanya beliau di Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah satu majlis perjumpaan antara pegawai dan kakitangan telah diadakan di bilik gerakan  PDT Seri Iskandar.












Tuesday 19 August 2014

Majlis Jasamu Dikenang Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah


MAJLIS JASAMU DIKENANG
Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah 

Pada Khamis, 14 Ogos 2014 telah berlangsungnya Majlis

Jasamu Dikenang Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah. Majlis ini
 turut dihadiri Ketua Penolong Pegawai Daerah Tengah dan Kg. Gajah,
Penolong Pegawai Daerah, Penghulu-penghulu mukim,
 serta warga kerja jabatan.

Majlis bermula pada pukul 3 petang  dan berakhir pada pukul 5 petang.
Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diikuti ucapan alu-aluan 
dari Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah.





























Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah,
 Tuan Haji Mohd Roslan Bin Mat Lodin kerana sudi menghadiri majlis yang dianjurkan.
Warga Kerja Pejabat Daerah & Tanah Perak Tengah mengucapkan Selamat Maju Jaya 
kepada Tuan Pegawai Daerah yang telah banyak menyumbang jasa 
dan bakti sepanjang perkhidmatan beliau.

Majlis bersurai selepas sesi bergambar bersama Tuan Pegawai
Daerah Perak Tengah.