Sunday 5 June 2016

Majlis Bacaan Yassin, Tazkirah Dan Penyerahan Buah Kurma Sempena Ramadhan 2016

Pada 3 Jun 2016 (Jumaat) telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan tazkirahbertempat di Bilik Gerakan Aras 2, Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah. Majlis ini telah dihadiri oleh Pegawai daerah. Y.Bhg Dato' Mad Dan Bin Hassan. Ketua Penolong pegawai Daerah(Tanah), Penolong-Penolong Pegawai daerah serta kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, serta bacaan Yassin dan Tazkirah. Setelah itu, majlis diteruskan dengan acara penyerahan buah kurma sumbangan Kelab Petanda sempena Ramadhan al-Mubarak. Majlis bersurai kira-kira jam 11 pagi.