Tuesday 25 August 2015

Program Solat Jumaat Bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan


Pada hari Jumaat, 21 Ogos 2015 bersamaan dengan 6 Zulkaedah 1436H. telah berlangsungnya program solat jumaat bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan yang bertempat di Masjid Ar-Rahmaniah, Kg. Padang Changkat, Bota Perak Darul Ridzuan. Majlis dihadiri oleh YB Dato'  Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan, Ahli Parlimen Parit, Orang Besar Jajahan Perak Tengah Dato' Seri Haji Mohd. Ghazali Bin Haji Abd. Rahman, Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, Penolong-Penolong Pegawai Daerah, kakitangan jabatan kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim, AJK masjid serta orang ramai. Majlis dimulai dengan ketibaan orang ramai serta ketibaan dif-dif jemputan, seterusnya keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Majlis diteruskan lagi dengan solat jumaat bersama-sama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Selesai solat jumaat majlis santapan bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan diadakan di Balai Raya Kg. Padang Changkat. Seterusnya D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan membuat lawatan ke Makam Sultan Alauddin Shah, Makam Sultan Ahmaddin Shah, Kampung Bota Kanan, Bota. Majlis bersurai pada pukul 4 petang.






No comments:

Post a Comment