Monday 9 March 2015



Pada 9 Mac 2015 telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan Bil1/2015 Pejabat Daerah & Tanah Seri Iskandar dan KG. Gajah bertempat di bilik gerakan PDT Seri Iskandar. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah, Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan, ketua penolong pegawai daerah (pembangunan) dan juga penolong pegawai daerah. Majlis ini turut disertai oleh kakitangan jabatan. Aturcara majlis berlangsung dengan nyanyian lagu negaraku, negeri Perak dan juga lagu perkhidmatan awam. Acara turut diselangi dengan bacaan doa, ikrar , knowledge sharing, anugerah pekerja serta sambutan hari lahir kakitangan jabatan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan memotong kek.

















No comments:

Post a Comment