Pada hari Jumaat, 21 Ogos 2015 bersamaan dengan 6 Zulkaedah 1436H. telah
berlangsungnya program solat jumaat bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul
Ridzuan yang bertempat di Masjid Ar-Rahmaniah, Kg. Padang Changkat, Bota Perak
Darul Ridzuan. Majlis dihadiri oleh YB Dato'
Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan, Ahli Parlimen Parit, Orang Besar Jajahan
Perak Tengah Dato' Seri Haji Mohd. Ghazali Bin Haji Abd. Rahman, Tuan Pegawai
Daerah Perak Tengah, Penolong-Penolong Pegawai Daerah, kakitangan jabatan kerajaan,
Penghulu-Penghulu Mukim, AJK masjid serta orang ramai. Majlis dimulai dengan
ketibaan orang ramai serta ketibaan dif-dif jemputan, seterusnya keberangkatan
tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Majlis diteruskan
lagi dengan solat jumaat bersama-sama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
Selesai solat jumaat majlis santapan bersama D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan
diadakan di Balai Raya Kg. Padang Changkat. Seterusnya D.Y.T.M Raja Muda Perak
Darul Ridzuan membuat lawatan ke Makam Sultan Alauddin Shah, Makam Sultan
Ahmaddin Shah, Kampung Bota Kanan, Bota. Majlis bersurai pada pukul 4 petang.
No comments:
Post a Comment