Pada
30 jun 2015 ( selasa ) bersamaan dengan 13 ramadan 1436H , telah berlangsungnya
sebuah Majlis iftar dan Solat Terawih di Masjid Sultan Yusuf Izzuddin Shah
(Masjid Daerah Perak Tengah) anjuran bersama Kelab Kebajikan dan Sukan
(PETANDA) Seri iskandar dan PUSPANITA Daerah Perak Tengah. Majlis ini telah
mendapat sambutan yang menggalakkan oleh orang ramai. Selain itu, Pegawai dan
juga Kakitangan yang bertugas di Kompleks Pentadbiran Daerah juga telah
dijemput hadir. Tidak lupa juga kepada Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan yang
bersama turut serta dalam majlis penuh keberkatan ini. Solat Sunat Terawih pada
malam tersebut telah diimamkan oleh A.F Sheikh Osama Mohammad Iqbal yang
dijemput khas dari Tanah Suci Makkah.
No comments:
Post a Comment