Program Gotong Royong Mengacau Bubur Lambuk 2015
Pada 10 julai 2015
bersamaan dengan 23 Ramadhan 1436H , telah berlangsungnya satu program gotong
royong mengacau bubur lambuk anjuran kelab PETANDA dan PUSPANITA Perak Tengah.
Program ini turut disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, kakitangan
jabatan dan ahli-ahli kelab PETANDA dan PUSPANITA Perak Tengah. Program
tersebut bermula dari pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengah hari. Tujuan utama
program ini dianjurkan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim diantara
kakitangan jabatan dan juga ahli-ahli kelab PETANDA dan PUSPANITA Perak Tengah.
Pengagihan bubur lambuk diadakan pada sebelah petang kepada semua kakitangan
dan jabatan di Kompleks Pentadbiran Perak Tengah.