Pada 1 Ogos 2016 (Isnin) telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Serbaguna Seri Iskandar, Daerah Perak Tengah. Majlis ini telah dihadiri oleh Wakil – wakil Rakyat, ADUN Bota dan Blanja serta Pegawai Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah , Penolong-Penolong Pegawai Daerah serta kakitangan dari pejabat-pejabat dan agensi-agensi di Daerah Perak Tengah. Majlis dimulakan pada jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang.