Majlis
Bersama Rakyat
Pada 11/5/2015 telah
berlangsungnya majlis bersama rakyat sempena pertabalan Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Ke-35 bertempat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato` Abdul Rahman Yaakob Bota, Perak. Majlis ini telah dihadiri oleh Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan juga Duli Yang Maha Mulia
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan. Majlis dimulai dengan lagu kebesaran
Negeri Perak, bacaan doa dan ucapan oleh Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah.
Majlis seterusnya diikuti dengan jamuan makan bersama rakyat dan juga diringi
oleh persembahan. Majlis bersurai pada pukul 11.00 malam.