MAJLIS JASAMU DIKENANG
Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah
Pada Khamis, 14 Ogos 2014 telah berlangsungnya Majlis
Jasamu Dikenang Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah. Majlis ini
turut dihadiri Ketua Penolong Pegawai Daerah Tengah dan Kg. Gajah,
Penolong Pegawai Daerah, Penghulu-penghulu mukim,
serta warga kerja jabatan.
Majlis bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5 petang.
Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diikuti ucapan alu-aluan
dari Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah.
Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah,
Tuan Haji Mohd Roslan Bin Mat Lodin kerana sudi menghadiri majlis yang dianjurkan.
Warga Kerja Pejabat Daerah & Tanah Perak Tengah mengucapkan Selamat Maju Jaya
kepada Tuan Pegawai Daerah yang telah banyak menyumbang jasa
dan bakti sepanjang perkhidmatan beliau.
Majlis bersurai selepas sesi bergambar bersama Tuan Pegawai
Daerah Perak Tengah.