Friday, 10 February 2017

HARI INTEGRITI DAN PERHIMPUNAN BULANAN PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2017

Pada 7 Febuari 2017 (Selasa),  telah berlangsung Hari Integriti Dan Perhimpunan Bulanan Peringkat Daerah Perak Tengah, bertempat di Dewan Serbaguna, Majlis Daerah Perak Tengah,Seri Iskandar. Majlis tersebut telah dihadiri  oleh Pegawai Daerah Perak Tengah, YBhg. Dato  Mad Dan Bin Hassan dan Pengarah SPRM Negeri Perak, YBhg. Dato’ Hajjah Nooraziah Binti Abd. Manaf. Perhimpunan telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu Perkhidmatan Awam. Majlis diteruskan dengan  bacaan ikrar dan menandatangani “Ikrar Bebas Rasuah” oleh Pegawai Daerah Perak Tengah dan disertai dengan bacaan “Ikrar Integriti Korporat” oleh Kontraktor dan Pembekal daerah Perak Tengah. Majlis bersurai sekitar jam 12 tengahari selepas jamuan makan tengahari.